WhatsApp Us — Free Quote ›

Panduan Bahasa Melayu

Kasut Safety SIRIM & DOSH — Apa Maksudnya?

Kenapa safety officer selalu tanya “ada SIRIM tak?” — dan macam mana nak pastikan kasut yang anda beli benar-benar bersijil, bukan sekadar nampak macam kasut safety.

Di Malaysia, kasut safety yang diiktiraf diuji mengikut MS ISO 20345 — piawaian Malaysia yang setara dengan EN ISO 20345 antarabangsa. Badan yang menguji dan mengeluarkan sijil ialah SIRIM QAS International, dan pematuhan inilah yang dirujuk oleh JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan / DOSH) apabila majikan menetapkan PPE di tempat kerja.

Masalahnya: banyak kasut “gaya safety” yang murah di pasaran online tidak pernah melalui ujian ini. Ia mungkin nampak sama, tetapi toe cap dan sole tidak terbukti menahan hentakan atau tusukan — dan safety officer berhak menolaknya di pintu tapak.

Apa yang diuji di bawah MS ISO 20345

Toe cap 200JToe cap mesti menahan hentakan 200 joule (≈ objek 20kg jatuh dari 1 meter) tanpa mencederakan jari kaki.
Mampatan 15kNToe cap diuji terhadap tekanan statik 15,000 newton — contohnya tayar kenderaan yang memijak kaki.
Midsole anti-tusukUntuk kelas P/SBP/S1P/S3: midsole keluli atau tekstil diuji menahan tusukan paku (1,100N).
Rintangan slipSole diuji atas jubin berlicin — penandaan SRA/SRB/SRC (piawaian lama) atau SR (2022).
Ketahanan soleRintangan minyak/bahan api, haba sentuhan (HRO 300°C untuk sesetengah model), dan lenturan berulang.

Sijil ikut model, bukan ikut jenama

Perkara paling penting untuk pembeli: sijil SIRIM diberikan kepada model tertentu, bukan kepada seluruh jenama. Jenama yang sama boleh ada model bersijil dan model tidak bersijil. Sebelum beli — terutama untuk pesanan syarikat — sahkan nombor model dan minta salinan sijil. Kami sediakan dokumen ujian untuk semua model bersijil yang kami jual.

Nak tahu kelas mana (SBP, S1P, S3) yang sesuai untuk kerja anda? Baca Cara Pilih Kasut Safety, atau lihat semua model di Kasut Safety Malaysia.

FAQ

Soalan Lazim — SIRIM & DOSH

Apa itu sijil SIRIM untuk kasut safety?

+

SIRIM QAS International menguji dan mengesahkan kasut safety mengikut piawaian MS ISO 20345 (versi Malaysia bagi EN ISO 20345). Kasut yang lulus diberi sijil dan boleh dipadankan dengan keperluan JKKP/DOSH di tempat kerja. Ujian merangkumi rintangan hentakan toe cap 200J, mampatan, tusukan midsole, dan banyak lagi.

Adakah semua kasut safety di Malaysia wajib SIRIM?

+

Tiada undang-undang yang mewajibkan setiap kasut safety bersijil SIRIM, tetapi kebanyakan tapak binaan, kilang dan majikan menetapkannya sebagai syarat PPE dalaman kerana ia bukti bertulis bahawa kasut memenuhi MS ISO 20345. Safety officer selalunya akan tolak kasut tanpa dokumen.

Macam mana nak semak kasut safety saya ada SIRIM ke tidak?

+

Semak label pada kasut/kotak untuk penandaan MS ISO 20345 dan logo SIRIM, atau minta salinan sijil daripada pembekal. Di Safeoly, kami nyatakan status sijil pada setiap halaman produk dan boleh berikan dokumen ujian untuk model bersijil — WhatsApp sahaja nombor model.

Apa beza SIRIM dengan CE pada kasut safety?

+

CE menandakan pematuhan piawaian Eropah (EN ISO 20345); SIRIM mengesahkan pematuhan piawaian Malaysia (MS ISO 20345) — kandungan teknikal hampir sama. Sesetengah model, contohnya dari Safety Jogger, membawa kedua-dua sijil sekali gus, berguna untuk syarikat yang beroperasi merentas negara.

Jenama apa yang ada kasut safety SIRIM di Malaysia?

+

Keempat-empat jenama yang kami bekalkan ada model bersijil SIRIM MS ISO 20345: Black Hammer (seluruh rangkaian SBP), Hammer Kings, Oscar, dan model terpilih Safety Jogger. Sijil adalah ikut model, bukan ikut jenama — sentiasa sahkan model yang tepat.

Perlukan kasut safety bersijil SIRIM dengan dokumen?

WhatsApp kami — kami cadangkan model bersijil untuk kerja anda dan sertakan dokumen ujian.

WhatsApp Sekarang